Monday, July 22, 2013

Jaga Solat kita!


assalamualaikum~


Apa khabar semua? sempena bulan puasa yang mulia ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu saya dengan anda semua. Saya nak share tentang Tips untuk menjaga solat kita. Sebenarnya saya dapat sumber ilmu ini daripada tazkirah yang saya dengar malam semalam. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi iaitu ustaz yang mengendalikan solat terawih berjemaah di surau berdekatan dengan rumah saya semalam. Semalam kami solat terawih 8 rakaat sahaja sebab ustaz itu agak penat kerana baru pulang dari uitm pahang. Jadi tazkirah pendek plus solat terawih. 

Baiklah, apa yang Ustaz Suhaimi kongsikan semalam? ha! menarik sangat tazkirah yang beliau sampaikan semalam. Ringkas dan padat sekali* Mari saya mulakan"

Semalam Ustaz mulakan tazkirah dengan menyebut perkataan ini berulang kali :

"J A G A"

Mari kita sebut sama-sama "jaga". Satu perkataan yang  berbunyi seperti satu amaran/nasihat. Ustaz Suhaimi suruh kita pahat perkataan ini dalam minda kita selamanya.

Apa itu 'J A G A'??

J - Jagalah solat kita. Ini adalah penghulunya. Kita hendaklah tanam niat dalam hati untuk terus menjaga solat kita dengan ikhlas. Dengan menjaga solat, kehidupan kita seterusnya insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

A - Awal. Untuk mendapat solat yang lebih mabrur kita hendaklah menunaikan solat pada awal waktu. Semalam Ustaz cerita. Contohnya, sekarang musim nak raya dah. So, ramai yang bertungkus-lumus buat kuih raya, Lepas itu, kebanyakannya akan selesaikan dulu aktiviti buat kuih raya dia lepas itu baru siap-siap nak solat. Hmm, sepatutnya kita hendaklah selesaikan dulu solat kita ataupun sementara kita tunggu biskut raya kita siap dibakar, tiba-tiba azan jadi kita bolehlah segera menunaikan solat tersebut dulu. Sebab apa, ustaz kata insyaallah, dalam kita sibuk mencari rezeki. Jika kita menjaga juga solat kita dalam waktu yang sama. Insyaallah rezeki itu akan lebih berkat dan dimurahkan rezeki insyaallah. 

G - Geng. hehe, geng maksudnya jemaah. Marilah kita bersolat berjemaah. Ustaz Suhaimi kata solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian. Pahala berganda. Ustaz kata yang ada family itu, hari-harilah buat solat berjemaah. Apabila ada waktu terluang, marilah kita solat berjemaah bersama keluarga. Ketua keluarga memainkan peranan yang penting untuk mencorak ahli keluarga yang lain.

A - Allah SWT. Tanam pada hati dan minda kita. Sesungguhnya aku menunaikan solat hanya kerana Allah SWT. Hanya kepadanya kita memohon keredhaan dan keberkatan dalam hidup. Melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Insyaallah kehidupan kita akan lebih diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Dalam solat kita disarankan untuk menambah amalan yang boleh menambahkan pahala. Jadi tambah dua huruf ini :

"K S"

K - Khusyuk. Dalam solat kita mestilah mahu khusyuk kan? semoga solat menjadi lebih sempurna. Maka Ustaz sarankan kita. Bagi sesiapa yang tahu bahasa arab. Bolehlah menghayati maksud surah-surah yang kita baca dalam solat. Bagi sesiapa yang tidak tahu bahasa arab. Semasa solat kita cuba bayangkan ayat-ayat surah tersebut. Paling mudah pun, mari kita hafal makna Surah Al-fatihah. Saya hafal makna Surah Al-fatihah ini daripada lagu nasyid ini Erti Al- Fatihah . Selamat beramal semua*

S - Sunnah. Untuk menambah pahala kita dan mendapat lebih keberkatan daripada Allah SWT. Insyaallah. Kira bolehlah menambah amalan sunnah dalam solat. Contohnya, menunaikan solat sunnat. Ustaz kata semalam, jika kita melakukan apa sahaja perkara yang dimurkai Allah SWT. Jangan sesekali lupa untuk menunaikan Solat sunnat taubat. Insyaallah dosa kita diampuniNYA. Walaupun setelah kita meninggalkan solat secara tidak sengaja. Kerjakanlah Solat taubat dan jangan mengulangi kesilapan yang sama".


" J A G A K S"


Ingat JAGAKS, Ingat solat kita. Ingat Allah SWT. Amin!



* masnayli official blog~

1 comment: