Sunday, September 15, 2013

Nice Sharing from Ustaz Zahazan Mohamed


assalamualaikum*



Assalamualaikum readers, how's ur day? semoga semuanya berjalan lancar lah insyaallah. Dalam hidup ini pastilah ada pelbagai dugaan dan ganjaran. Baik dan buruk. Pelbagai warna-warni dalam kehidupan yang sebenarnya menjadikan kita lebih matang. Alhamdulillah hari ini saya masih diberi peluang lagi untuk berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua. Semoga selepas ini hidup kita akan menjadi lebih teratur dan diberkati Allah SWT. Amin*


Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya:


1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang 

menunjukkan jalan benar.


2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?

Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan 

majulah.


3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun

 untuk ditulis.


4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan

 kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.


5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian,

 jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.


6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya

 penamat!


7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt

 tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.


8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk

 berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "


9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala

 apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.


10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari

 seseorang. (dihantar oleh Us Zahazan)




* masnayli official blog~

No comments:

Post a Comment