Wednesday, July 17, 2013

Kisahku di Kolej Matrikulasi Perlis. Part 2


assalamualaikum*

Hi readers! semua sihat ke? saya doakan anda semua sihat selalu. Hari ini aku mempunyai masa terluang untuk menghabiskan masa aku depan lappy aku ni. Sebenarnya bukan untuk membebel kosong pasa saat ini. Iyalah, masa itu emas deng* So, pusing balik cerita. Kawan-kawan semuanya sebenarnya aku nak buat entri pasal Hari Karnival Dinamika yang telah berlangsung tahun lepas. Time aku belajar kat Kmp lah ye. 

Pada saat semua umat kmp sibuk bertungkus-lumus untuk menghadapi UPS dan PSPM yang semakin hampir. Kami terpaksa juga mengaktifkan diri untuk terlibat sama dalam acara-acara yang bakal berlangsung di pentas kmp pada hari karnival itu. Ada pelbagai jenis  acara yang disenarai pendek. Setiap pelajar kmp wajib turut serta dalam mana-mana satu acara. Jadi, tanpa berfikir panjang. 

Dengan bakat yang aku ada iaitu menjahit. haha tak de la hebat mana. Boleh la orang kata. So, akhirnya aku masuk acara "Fashion". Masa hari perbincangan dengan ahli Fashion. Aku juga akhirnya dipilih sebagai salah seorang daripada fashion designer untuk group aku. Model dan atur pentas semua orang lain punya tugas. Tema dia tak boleh bleh, haha! WEDDING tradisional. Mula2 group aku pilih tema jawa. Tapi tiba2 cancel then tukar tema FAIRYTALE. wuu..*


Let's check it out :



Time hari-hari buat persiapan, Sesi latihan, sesi menjahit dan sesi mencuba baju. Yang masa sesi latihan atas pentas tu agak lucu sedikit sebab muka masing-masing  malu-malu kucing. Iyalah, pengantin nak kena sanding hehe".Ok, tema untuk group dinamika kitorang iaitu anak-anak murid di bawah naungan Cikgu Salmizi adalah kuning gold gitu. Nama pasukan kitorang pula ialah 'DAGGER'. 

Dagger ye, no danger haha. maksud Dagger ialah pisau belati. Ala pisau yang kecil tajam. Kalau kau tengok movie or drama english pasal tentera ke dulu2. Pahlawan dorang suka letak pisau belati ni kat tepi kaki celah kasut ala-ala but panjang dorang. Aku rasa betollah kot. Sorry kalau salah"



Yang di atas ni adalah gambar pada pagi karnival. Group fashion kami bersiap-siap sebelum acara bermula. Kami guna satu dewan kuliah. Ha! inilah dia dua orang mempelai yang akan disandingkan di atas pentas nanti. Olok-olok je ae hehe. Macam budak kecil selalu main tu. Main kawin-kawin haha. Lawak ye! 

Yang penganti perempuan ni namanya Fatin Syafazira. Budak kelas aku. Masa hari pemilihan tu, dia gembira giler dapat jadi pangantin. Dia kata dia memang suka modeling2 ni. Haha, tak apa kau memang sesuai pun. Tinggi cantik pula tu huhu. Kalau korang pilih aku jadi model memang tak la. Bagai langit dan bumi tau"

Pengantin lelaki aku lupa nama dia. Really sorry. Dia ni agak pemalu sikit masa mula-mula tu. Yang suggestkan dia ni untuk jadi pengantin untuk group kitorang pun kawan-kawan kelas dia. Dia pun sesuai. ok je sebab tinggi kurus ha. Nampak tak kat blazzer pengantin lelaki ada tertampal 'dagger'. Sebenarnya blazzer tu aku yang jahitkan. Tak lawa an? aku tahu. Lagi satu, baju pengantin perempuan an kitorang masa tu dah tak cukup masa aw so, jawapannya hantar ke kedai jahit. Yang basic je yang lain kitorang touch up sendiri.* shhhh....



Sebab pic banyak sangat. So, aku combine kan la semua. Tu pun ada banyak lagi. Inilah antara kenangan terindah yang aku kecapi sepanjang berada di kmp. Karnival ni memang meriah sangat. Rata-rata pelajar gembira dan buat sehabis dan sebaik mungkin. And alhamdulillah! secara overall group fashion dagger menang untuk second place. Boleh la tu. Ha! berkenan dengan rekaan baju pengantin ni? haha ambik la. Aku tengok baju pengantin lelaki kitorang tak berapa nak gah. Baju perempan lagi ok. Tahniah kepada semua yang melibatkan diri. Jasa korang yang bantu aku terlalu la banyak, tq vry mch..

*Gambar aku mana? eeii malu lah. tu ha yang pegang bunga putih pengantin perempuan. Eden kejer belakang tabir je ye pun. Aku suka tangkapkan gambar tapi tak suka la posing tuk tangkap gambar. heheh.

And last but not least..

"Go dagger go dagger, don't break my heart dagger"

"D, A, double G, G, E, R..dagger, dagger, dagger! huuu..."

Bye, thank for reading, assalamualaikum*

* masnayli official blog~

No comments:

Post a Comment