Wednesday, March 21, 2012

SPM 2011


assalamualaikum ; )


Hari ini adalah antara hari penuh debaran dalam hidup aku. Saat yang sangat dinanti-nantikan sudah menjelma tiba. Berserabut minda dan kotak fikiran aku sejak tamatnya paper terakhir spm aku iaitu 'account'. Perasaan semasa berada dalam bilik peperiksaan spm sama sekali berbeza dengan debaran untuk mendapat result spm aku hari ini. Menunggu selama beberapa bulan lamanya cukup menyeksakan. 

Alhamdulillah~

Itu perkataan awal aku selepas result sudah beralih ke tanganku pagi tadi. Keputusan yang tepat berlandaskan atas segala usaha aku sepanjang.

Tahniah!

Aku berkongsi kegembiraan bersama rakan-rakan kelas sains aku 5 ALPHA 2011. Terima kasih di atas coretan warna-warni yang telah menyinari kita semua sepanjang tahun ini. Aku sangat bersyukur mempunyai kamu ALPHARIAN. 

Sukur..,

Aku menerima dengan hati yang ikhlas dan amat bersyukur walaupun kebanyakkan rakan-rakan kelas aku berjaya dengan cemerlang meraih 10A, 9A, 7A, 6A....~ aku masih bersyukur kerana aku juga mempunyai sebilangan A. 

Kepada para calon spm 2011 yang telah mendapat result masing-masing. Walau bagaimanapun corak result spm anda, ucapkanlah alhamdulillah ke hadrat Illahi. Teringat kata-kata guru chemistry ku, " Ingatlah, jika hari ini kita tersenyum kegembiraan, janganlah kita terlalu gembira dan jika hari ini kita menangis kesedihan maka janganlah kita terlalu sedih, kita perlulah mengucapkan alhamdulillah & syukur kepada Allah SWT. Sesungguhnya kita tidak tahu takdir hidup kita pada masa akan datang, bagaimana pula coraknya. Hendaklah sentiasalah beringat & memberi peringatan.

ALHAMDULILLAH~



* masnayli official blog~
"" Love Allah SWT forever".

5 comments:

  1. Tahniah, awak terpilih sbg pemenang teka teki..nantikan entry review blog pemenang sbg hadiah dari blog herba tihara.. :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...xpe, wpun bukan bderet A,bukan la penetu cerahnya masa depan nnti..lepas ni pilih u yg terbaik n hati2 pilih course..ok =)

    ReplyDelete
  3. singgah follow sini :)
    jom follow cik iena jugak(^_~)
    www.ienaeliena.com

    ReplyDelete