Saturday, January 28, 2012

Wang Malaysia Baru



assalamualaikum ; )



Alhamdulillah, akhirnya tahun 2012 menjelang tiba. Kini tibalah masa dimana semua orang akan mula memasang azam yang baharu, mula membeli buku diari yang baharu dan bercita-cita akan melakukan perubahan diri dan kehidupan masing-masing ke arah yang lebih baik. Insyaallah dengan usaha, doa dan tawakal yang kuat seterusnya akan memperlihatkan kita kepada hasil yang lebih baik daripada yang lalu.

Baiklah untuk entri kali ini nak kongsi bersama serba sedikit tentang wang Malaysia paling latest sekali. Semuanya kelihatan berwarna-warni dan sangat menarik perhatian. Sekali pandang dah seiras duit permainan 'Jutaria' dah. Tapi ini versi tulen punya lah. Bukan cetak rompak. Seratus peratus original yang dicetak oleh Bank Negara Malaysia. Rasa macam dah tak sabar-sabar nak pegang kesemuanya. Sekarang Bank Negara Malaysia sudah mengeluarkan beberapa note ringgit Malaysia yang baru.

so, let's check it out ~









  


Ciri-ciri wang Malaysia Baru 2012 :

Terdapat imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk  membezakan denominasi yang berlainan tersebut.


 RM 20 baru Malaysia : 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru .Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing. Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun. Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.





 






* masnayli official blog~

 '" Love You Malaysia “

No comments:

Post a Comment