Wednesday, February 1, 2017

Jana duit poket dengan Survey Online!


Assalamualaikum wbt.

Ketahui cara mudah untuk jana pendapatan dengan survey online. Hanya dengan membuat pendaftaran mudah, duit poket akan masuk pada bila-bila masa, walau dimana anda berada. Tak susah pun nak dapat duit sekarang ni. Hanya DAFTAR > ISI PENUH PROFILE > TUNGGU SURVEY MASUK DI EMAIL > JAWAB > KUMPUL POINT > REDEEM. Dapat DUITTTT. Program ni hanya memerlukan kerajinan. Itu sahaja tak payah keluar modal pun. Lebih rajin anda jawab survey. Lebih banyak point anda dapat. Berbaloi-baloi la duit anda dapat nanti. 

Siapa yang boleh JOIN survey online???

>Penganggur
>Pekerja kerajaan/swasta
>Pelajar dialu-alukan (menabung dari awal)
>Suri rumah
>semua bolehhh

Formula untuk lebih berjaya???

KERAJINAN + SKILL menggunakan komputer + ada INTERNET

Itu sahaja. tiada paksaan dari mana-mana pihak ye.

Mostly survey redeem dalam US Dollar ye, memang berbaloi-baloi!! jangan risau tiada unsur-unsur larangan dalam islam. Hanya jawab survey sahaja!

Ikut je langkah-langkah mudah ni, simple giler!

Pertama : Mendaftar di laman web yang disediakan.
Kedua    : Sahkan email/activate email
Ketiga    : Tunggu email survey
Keempat: Jawablah survey sampai habisss
Kelima   : Selesai jawab korang terus dapat point
Terakhir: Kumpul mata, dah cukup boleh redeem untuk dapat voucher/gift/cash money (wajib ada akaun paypal)


Ok nampak dah ramai dah senyum tu. Apa lagi cepat-cepat join jangan buang masa. Nak berjaya tak boleh duduk goyang kaki je. Tapi survey online ini goyanglah kaki janji tangan berjalan jawab survey!

Ok, saya share beberapa laman web yang menawarkan pendaftaran PERCUMA yang telah saya daftar.












Selamat mencuba!

Klik sahaja link-link diatas untuk memudahkan anda mendaftar.


Araaa94 official blog


Wednesday, September 18, 2013

Sunday, September 15, 2013

Nice Sharing from Ustaz Zahazan Mohamed


assalamualaikum*



Assalamualaikum readers, how's ur day? semoga semuanya berjalan lancar lah insyaallah. Dalam hidup ini pastilah ada pelbagai dugaan dan ganjaran. Baik dan buruk. Pelbagai warna-warni dalam kehidupan yang sebenarnya menjadikan kita lebih matang. Alhamdulillah hari ini saya masih diberi peluang lagi untuk berkongsi sedikit ilmu dengan anda semua. Semoga selepas ini hidup kita akan menjadi lebih teratur dan diberkati Allah SWT. Amin*


Sharing dr ust zahazan. Mendalam maksud nya:


1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang 

menunjukkan jalan benar.


2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?

Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan 

majulah.


3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun

 untuk ditulis.


4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan

 kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.


5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian,

 jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.


6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya

 penamat!


7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt

 tidak menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.


8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lebih teruk

 berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "


9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala

 apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.


10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari

 seseorang. (dihantar oleh Us Zahazan)




* masnayli official blog~

Monday, July 22, 2013

Jaga Solat kita!


assalamualaikum~


Apa khabar semua? sempena bulan puasa yang mulia ini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu saya dengan anda semua. Saya nak share tentang Tips untuk menjaga solat kita. Sebenarnya saya dapat sumber ilmu ini daripada tazkirah yang saya dengar malam semalam. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi iaitu ustaz yang mengendalikan solat terawih berjemaah di surau berdekatan dengan rumah saya semalam. Semalam kami solat terawih 8 rakaat sahaja sebab ustaz itu agak penat kerana baru pulang dari uitm pahang. Jadi tazkirah pendek plus solat terawih. 

Baiklah, apa yang Ustaz Suhaimi kongsikan semalam? ha! menarik sangat tazkirah yang beliau sampaikan semalam. Ringkas dan padat sekali* Mari saya mulakan"

Semalam Ustaz mulakan tazkirah dengan menyebut perkataan ini berulang kali :

"J A G A"

Mari kita sebut sama-sama "jaga". Satu perkataan yang  berbunyi seperti satu amaran/nasihat. Ustaz Suhaimi suruh kita pahat perkataan ini dalam minda kita selamanya.

Apa itu 'J A G A'??

J - Jagalah solat kita. Ini adalah penghulunya. Kita hendaklah tanam niat dalam hati untuk terus menjaga solat kita dengan ikhlas. Dengan menjaga solat, kehidupan kita seterusnya insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

A - Awal. Untuk mendapat solat yang lebih mabrur kita hendaklah menunaikan solat pada awal waktu. Semalam Ustaz cerita. Contohnya, sekarang musim nak raya dah. So, ramai yang bertungkus-lumus buat kuih raya, Lepas itu, kebanyakannya akan selesaikan dulu aktiviti buat kuih raya dia lepas itu baru siap-siap nak solat. Hmm, sepatutnya kita hendaklah selesaikan dulu solat kita ataupun sementara kita tunggu biskut raya kita siap dibakar, tiba-tiba azan jadi kita bolehlah segera menunaikan solat tersebut dulu. Sebab apa, ustaz kata insyaallah, dalam kita sibuk mencari rezeki. Jika kita menjaga juga solat kita dalam waktu yang sama. Insyaallah rezeki itu akan lebih berkat dan dimurahkan rezeki insyaallah. 

G - Geng. hehe, geng maksudnya jemaah. Marilah kita bersolat berjemaah. Ustaz Suhaimi kata solat berjemaah lebih baik daripada solat sendirian. Pahala berganda. Ustaz kata yang ada family itu, hari-harilah buat solat berjemaah. Apabila ada waktu terluang, marilah kita solat berjemaah bersama keluarga. Ketua keluarga memainkan peranan yang penting untuk mencorak ahli keluarga yang lain.

A - Allah SWT. Tanam pada hati dan minda kita. Sesungguhnya aku menunaikan solat hanya kerana Allah SWT. Hanya kepadanya kita memohon keredhaan dan keberkatan dalam hidup. Melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Insyaallah kehidupan kita akan lebih diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Dalam solat kita disarankan untuk menambah amalan yang boleh menambahkan pahala. Jadi tambah dua huruf ini :

"K S"

K - Khusyuk. Dalam solat kita mestilah mahu khusyuk kan? semoga solat menjadi lebih sempurna. Maka Ustaz sarankan kita. Bagi sesiapa yang tahu bahasa arab. Bolehlah menghayati maksud surah-surah yang kita baca dalam solat. Bagi sesiapa yang tidak tahu bahasa arab. Semasa solat kita cuba bayangkan ayat-ayat surah tersebut. Paling mudah pun, mari kita hafal makna Surah Al-fatihah. Saya hafal makna Surah Al-fatihah ini daripada lagu nasyid ini Erti Al- Fatihah . Selamat beramal semua*

S - Sunnah. Untuk menambah pahala kita dan mendapat lebih keberkatan daripada Allah SWT. Insyaallah. Kira bolehlah menambah amalan sunnah dalam solat. Contohnya, menunaikan solat sunnat. Ustaz kata semalam, jika kita melakukan apa sahaja perkara yang dimurkai Allah SWT. Jangan sesekali lupa untuk menunaikan Solat sunnat taubat. Insyaallah dosa kita diampuniNYA. Walaupun setelah kita meninggalkan solat secara tidak sengaja. Kerjakanlah Solat taubat dan jangan mengulangi kesilapan yang sama".


" J A G A K S"


Ingat JAGAKS, Ingat solat kita. Ingat Allah SWT. Amin!



* masnayli official blog~

Wednesday, July 17, 2013

Kisahku di Kolej Matrikulasi Perlis. Part 2


assalamualaikum*

Hi readers! semua sihat ke? saya doakan anda semua sihat selalu. Hari ini aku mempunyai masa terluang untuk menghabiskan masa aku depan lappy aku ni. Sebenarnya bukan untuk membebel kosong pasa saat ini. Iyalah, masa itu emas deng* So, pusing balik cerita. Kawan-kawan semuanya sebenarnya aku nak buat entri pasal Hari Karnival Dinamika yang telah berlangsung tahun lepas. Time aku belajar kat Kmp lah ye. 

Pada saat semua umat kmp sibuk bertungkus-lumus untuk menghadapi UPS dan PSPM yang semakin hampir. Kami terpaksa juga mengaktifkan diri untuk terlibat sama dalam acara-acara yang bakal berlangsung di pentas kmp pada hari karnival itu. Ada pelbagai jenis  acara yang disenarai pendek. Setiap pelajar kmp wajib turut serta dalam mana-mana satu acara. Jadi, tanpa berfikir panjang. 

Dengan bakat yang aku ada iaitu menjahit. haha tak de la hebat mana. Boleh la orang kata. So, akhirnya aku masuk acara "Fashion". Masa hari perbincangan dengan ahli Fashion. Aku juga akhirnya dipilih sebagai salah seorang daripada fashion designer untuk group aku. Model dan atur pentas semua orang lain punya tugas. Tema dia tak boleh bleh, haha! WEDDING tradisional. Mula2 group aku pilih tema jawa. Tapi tiba2 cancel then tukar tema FAIRYTALE. wuu..*


Let's check it out :



Time hari-hari buat persiapan, Sesi latihan, sesi menjahit dan sesi mencuba baju. Yang masa sesi latihan atas pentas tu agak lucu sedikit sebab muka masing-masing  malu-malu kucing. Iyalah, pengantin nak kena sanding hehe".Ok, tema untuk group dinamika kitorang iaitu anak-anak murid di bawah naungan Cikgu Salmizi adalah kuning gold gitu. Nama pasukan kitorang pula ialah 'DAGGER'. 

Dagger ye, no danger haha. maksud Dagger ialah pisau belati. Ala pisau yang kecil tajam. Kalau kau tengok movie or drama english pasal tentera ke dulu2. Pahlawan dorang suka letak pisau belati ni kat tepi kaki celah kasut ala-ala but panjang dorang. Aku rasa betollah kot. Sorry kalau salah"



Yang di atas ni adalah gambar pada pagi karnival. Group fashion kami bersiap-siap sebelum acara bermula. Kami guna satu dewan kuliah. Ha! inilah dia dua orang mempelai yang akan disandingkan di atas pentas nanti. Olok-olok je ae hehe. Macam budak kecil selalu main tu. Main kawin-kawin haha. Lawak ye! 

Yang penganti perempuan ni namanya Fatin Syafazira. Budak kelas aku. Masa hari pemilihan tu, dia gembira giler dapat jadi pangantin. Dia kata dia memang suka modeling2 ni. Haha, tak apa kau memang sesuai pun. Tinggi cantik pula tu huhu. Kalau korang pilih aku jadi model memang tak la. Bagai langit dan bumi tau"

Pengantin lelaki aku lupa nama dia. Really sorry. Dia ni agak pemalu sikit masa mula-mula tu. Yang suggestkan dia ni untuk jadi pengantin untuk group kitorang pun kawan-kawan kelas dia. Dia pun sesuai. ok je sebab tinggi kurus ha. Nampak tak kat blazzer pengantin lelaki ada tertampal 'dagger'. Sebenarnya blazzer tu aku yang jahitkan. Tak lawa an? aku tahu. Lagi satu, baju pengantin perempuan an kitorang masa tu dah tak cukup masa aw so, jawapannya hantar ke kedai jahit. Yang basic je yang lain kitorang touch up sendiri.* shhhh....



Sebab pic banyak sangat. So, aku combine kan la semua. Tu pun ada banyak lagi. Inilah antara kenangan terindah yang aku kecapi sepanjang berada di kmp. Karnival ni memang meriah sangat. Rata-rata pelajar gembira dan buat sehabis dan sebaik mungkin. And alhamdulillah! secara overall group fashion dagger menang untuk second place. Boleh la tu. Ha! berkenan dengan rekaan baju pengantin ni? haha ambik la. Aku tengok baju pengantin lelaki kitorang tak berapa nak gah. Baju perempan lagi ok. Tahniah kepada semua yang melibatkan diri. Jasa korang yang bantu aku terlalu la banyak, tq vry mch..

*Gambar aku mana? eeii malu lah. tu ha yang pegang bunga putih pengantin perempuan. Eden kejer belakang tabir je ye pun. Aku suka tangkapkan gambar tapi tak suka la posing tuk tangkap gambar. heheh.

And last but not least..

"Go dagger go dagger, don't break my heart dagger"

"D, A, double G, G, E, R..dagger, dagger, dagger! huuu..."

Bye, thank for reading, assalamualaikum*

* masnayli official blog~